19.08.2011 HAPPY 3RD ANNIVERSARY TO MY BLOG ! ;D
SALAM & HELLO ! ;D
okay macam mana aku boleh lupa 19 Ogos hari tu dah genap usia chentasenimusik.blogspot.com ni setahun OTL >.< ni semua gara gara terlalu fokus dengan aktiviti aku pada 19 Ogos iaitu Majlis Buka Puasa with MYB2UTY di Sweet Tree, Ampang :D
okay, ni mesti ade yang mati akal ape kejadah lah MYB2UTY tu kan? sbb aku tau kawan aku tak ramai yang tahu pasal kpop ni sobs sobs ;____; tapi takpe, meh aku terangkan serba sedikit mengenai MYB2UTY ni. MYB2UTY atau nama panjang dia Malaysian B2UTY (sebutan B2UTY = beauty) B2UTY merupakan nama fan club atau fandom bagi group B2ST/BEAST ---> sila klik nama ini untuk mengetahui lebih lanjut siapakah Beast. komuniti MYB2UTY ni dah lama wujud kat Malaysia iaitu sejak 21 Februari 2010 (amboi, birthday aku ^^) tapi aku join lambat sikit r heeee ~ sbb waktu tu aku aktif ber-Shawol LOL ha sudaaaahhh Shawol pulak kan, ape kate korang google je sbb aku malas nak explain pasal Shawol kekeke jangan marah ~
back to the story, event Buka Puasa ni merupakan event yang pertama aku join. kirenye first time lah aku join aktiviti MYB2UTY ni, first time jumpa komuniti MYB2UTY, first time jugak aku makan kat Sweet Tree tu, segalanya first time lah hehe so eksaited die macam over lah sikit ~ ngade ngade nak berjaga sampai petang kan, sekali hambik ko! aku tertidur sampai kul 5ptg!!!! dah janji dengan Ijat (haaaaa lagi lagi Ijat, lagi lagi Ijat kan hoho dialah kawan aku sampai mati yang sanggup teman aku ke mana mana THANKS IJAT! ^^) around 5.30 nak bertolak kan, mmg kelam kelibut lah aku dibuatnya. Ijat dah sampai depan rumah aku still terhegeh hegeh duk pakai tudung. adoyai ~ moral of the story: sila pasang alarm ! >.<
nak dipendekkan citenye, ktorg sampai kat Sweet Tree tu kul 7.15 malam (jam teruk kot kat KL! -,-) tapi sbb parking payah nak cari, punyelah jauh ktorg letak kereta Ijat tu, sampai kat Sweet Tree dah azan maghrib pun. mula-mula aku konfius mana MYB2UTY ni? aku tengok ramai je Cina, pastu takde seko pun yang aku kenal aku dah gabraaa ni. naik tingkat atas, Ya Allah! hingaqqqq bebeno eyyy ~ yelah orang semua tengah amik makanan. aku tercari cari muka yg aku recognize, dan yeah! aku nampak kak JC a.k.a JandaChomot LOL hahaha Alhamdulillah! lega hati ku, mmg sah ni semua MYB2UTY. dan baru aku tahu yang Cina ramai kat bawah tu komuniti SWM = Shinee World Malaysia ~ kebetulan ye hoho tapi ade jugak Melayu join ~ kate 1Malaysia kan :D
aku dengan Ijat macam malu malu sikit. Ijat lagi lah, haram die tak kenal sapa pun kecuali Kak Gmah sbb aku rajin mention pasal Kak Gmah kat Ijat ni hehehe. tapi waktu tu Kak Gmah takde lagi. Dia lambat sampai. maka mmg awkward lah sikit. tapi nasib baik lah MYB2UTY ni ramah tamah ^^ lepas menikmati makanan kami, kami pun solat maghrib. lepas solat, aku collect barang aku kat kak Jokersdoll , Boss Besar MYB2UTY , kira dia ni Presiden lah LOL ye ke kak? boleh lah kan, same taraf dengan Hong Appa kekekeke :D
lepas dah syiok borak borak ape semua, ade pulak slot BUAS Quiz. haaaa di mana soalan soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan BEAST dan juga Cube Entertainment aku macam biasa r tenggelam dek dek hardcore B2UTY yang lain duk terloncat loncat nak jawab LOL seriously mmg best gila! kelako bile lain ditanye, lain pulak dijawabnye. si kak JC pun kadang-kadang tak tahu jawapan tu betul ke tak hahaha adoyaiii macam macam. tapi, TAKE NOTE! diorg tak tanye soalan pasal BEAST semata-mata ok. diorg pun ada tanya pasal agama sbb mostly, bukan mostly tp semua beragama Islam kat situ. lepas dah tanye pasal agama tu, ntah cmno boleh pulak masuk bab Sejarah HAHAHAHA apakah? bagus betul lah MYB2UTY ni! walaupun takde hadiah utk soalan-soalan agama,sejarah tu tp semua mmg berusaha habis habisan nak jawab jugak. very good lah ! mmg aku sayang betul MYB2UTY ni haaaa :D
so, jangan ingat kpop ni hanya mengenai obsesi semata-mata. aku tak nafikan kpop ni mmg boleh buat orang tu terlalu obses tapi ada jugak yang memberikan faedah. macam aku jumpa diorg semua ni, banyak jgak lah ilmu yang aku dapat. as example, nama Malaysia dah berusia 100 tahun. haaaa korang tahu tak? mesti tak kan? hahaha aku pun tak tahu. aku dapat fakta ni masa kuiz sejarah tu. see, tak semua perkara obsesi itu mendatangkan keburukan. jadi, lihatlah dengan mata hati, kerana mata hati lah yang memperlihatkan kita satu benda yang kita tak nampak melalui mata kasar. amboiii, kemain lagi aku yeee hehehe :D
apa-apa hal, aku memang enjoy gila gila. Ijat pun, walaupun die bukan salah satu daripada komuniti MYB2UTY ni, sbb die ni sebenonye VIP (Big Bang's fan club name) tapi dia habaq kat aku die pun jadi seronok dan sedikit jeles sbb MY_VIP tak aktif hoho semua orang enjoy sampai tak sedar dah pukul 10.30 lebih! aku sampai rumah kire-kire jam 11.3o malam. sampai je rumah kilat hujan lebat semua keluar. Alhamdulillah dah sampai rumah time tu kan hehe ^^
Anyway, terima kasih banyak banyak kepada MYB2UTY's staff yang berkerja keras memastikan event ini jadi. katenye nak buat MYB2UTY Open House sempena Hari Raya Aidilfitri, insya Allah aku join jugak demi MYB2UTY Family yang tersayang <333 tapi jaebal buat minggu ke 3 ke ape ke, sbb 4 Sept daftar U , dan seminggu tu orentasi. so, kalau buat time minggu orentasi tu mmg takde harapan lah nak turun KL sobs sobs ;____;
okay, jadi sekian sahaja cerita saya mengenai MYB2UTY Buka Puasa ~
sekiranya anda semua berminat nak menyinggah kat Sweet Tree ni, silakan :
Sweet Tree, Ampangberminat nak join MYB2UTY? daftar kat MYB2UTY @ FORUM. pastu boleh LIKE page MYB2UTY @ Facebook. boleh jugak FOLLOW aktiviti-aktiviti semasa kat MYB2UTY @ Twitter. Dengan adanya internet, segalanya menjadi lebih mudah LOL dah macam iklan DiGi pulokkkk :D
No.13 L.1.2 Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman,
Ampang.
iklan di atas ini menggunakan lagu BEAST - Fiction :D
btw, owner Sweet Tree tu sangat comel
dan baik hati! Sweet sangat dengar dia cakap
KAMSAHAMNIDA (maksudnya terima kasih)
and restaurant ni confirm HALAL.
dan baik hati! Sweet sangat dengar dia cakap
KAMSAHAMNIDA (maksudnya terima kasih)
and restaurant ni confirm HALAL.

1 pesanan ringkas:
wahhh!!!! bestnya!!!!
Post a Comment