Tuesday, 2 August 2011

duuuuuuuuugaan !

SALAM & HELLO ! ;D

2 Ramadan 1423 H // 2 Ogos 2011 .
hari ini aku kerja shift malam. bukan hari ini je, sepanjang minggu ni aku kerja malam sebenarnyeee huhuhu tapi aku minta izin kat boss nak balik rumah time nak dekat bukak puase, and Alhamdulillah boss kate "OK!" ^^ ini lah untungnye keje dekat dgn rumah. tak banyak pakai duit meh ~

ok berkaitan dengan tajuk entri kali ini, DUGAAN. hari ini dah hari ke-dua umat Islam berpuasa. aku pun termasuk gak (bendera jepun tak mai lagi nohhh~). so nama pun kerja kedai roti, dugaan mmg baaaanyak. tgok roti nampak mcm sedap jeee padahal before ni tgok roti semua tu takde rase ape ape pun. hahaha penangan puasa kan. jadi antara dugaan yang di hadapi hari ini :

#MAKANAN
roti adalah makanan. tgok je dah meleleh kan. tapi makanan yang aku maksudkan ini bukanlah roti. sebaliknya makanan yang di bawa oleh workmates aku. cashier tempat kerja aku ade 3 org. aku, mak cik cina dgn akk ni. mari kita gelarkan si mak cik cina ni, MOK CIK. dan si akk ni SUSU lol mati aku kalau diorg stalk blog aku ni hehehe lantak lah! semalam, mok cik ni bawak bekal makanan tengah hari dia. PERGH! mmg die makan tersorok kat stor tu, tapi bau diaaaa Masya-Allah memang menggugat iman aku. bau ayam goreng kot ;______; tapi hari ini die tak bawak bekal. lega sket hehehe

....tapi tak jugak. hari ini si SUSU pulak pi masak mee goreng sedap kat dapur belakang. MEE GORENG SEDAP ok, bau pun first class you! memang habis tergugat rrr ~ nasib bek dia makan kat dapur. aku kat kaunter just menikmati bau jeee.

pastu, nak tambah lagi, kedai roti tmpt aku keje tu, depan dia ada org bukak gerai jual kuih muih , ayam percik , keropok lekr , nasi campur etc etc. kire macam mini-bazar raadhan lah. bau AYAM PERCIK diaaaaa sampai masuk kedai. ya Allah hebatnye dugaan-Mu ;_____; ok dah kurang pahal puasa, sbb makhruh bau bau makanan ni tapiii mak aiiii tak kan den nak 24hrs tutup hidung bagai nak rak , kang mati kekurangan oksigen pulak aku kat situ. sobs sobs

#MENGANTUK
ok ini berlaku semalam. hari ini aku ok sbb aku kerja petang-malam, so dah top up tdo pagi smpai tgh hari kekekeke. ape yg terjadi semalam? semalam aku kerja morning. nak dipendekkan cite, masuk kerja kul 6.30 PAGI. aku pulak tdo just 2 jam lebih before sahur. and lepas sahur smpt tidur for 30mins je ;_____; dalam kira-kira kul 11 pagi aku macam tak boleh tahan dah. disebabkan puasa, customer tak banyak. so, aku pun decide r nak rehat sat. aku pi tidur dgn muka ke sisi beralaskan tangan kanan. dan tangan kiri lipat sentuh siku (konon nak cover muka lah) lepas 20 min, customer kejutkan aku. HAHAHAHAHAHA ok awkward gila time tu, aku pulak cm gelabah bangun terkejut. nasib bek customer tu budak sekolah kalau mak mak orang, confirm complain - -"

haaaaa itu jelah dugaan terbesar aku kat tempat kerja KOT buat sementara ini. agak agak besar sangat ke dugaan tu? bagi aku besar sebab aku KUAT MAKAN dan KUAT TIDUR di kala siang because im night person meh ~

ni pulak aku nak cite pengalaman aku TERKUNCI di luar rumah. nak dipendekkan cite, aku balik dari kerja, aku ingatkan tak de orang kat rumah. sekali aku terdengar ibu aku panggil nama aku dari koridor atas. ha sudah! IBU AKU TERKUNCI! ibu aku terkunci dari luar kat koridor tu. pintu terkunci. aku pun terkunci dari luar sebab pintu utama rumah aku tu, pun berkunci. dan kunci dia ibu aku letak kat bawah tangga which is sangat sangat jauh dari pintu tu. jadi, memang takde harapan nak korek ke ape ke. jadi, ibu aku suruh call ayah aku.

NAK DITAMBAH MENCABAR LAGI, aku punya battery phone KONG! takde habis dah bateri phone tu. nasib baiklah jiran sebelah ni tak tidur lagi. jadi aku pun pinjam phone aunty ni call ayah aku berkali kali. tapi ayah aku tak angkat. tengah solat terawih kot agaknye. pastu ibu aku suruh call adik aku, aku mane ingat number adik aku. habis kena marah marah r dgn ibu ape tak ingat number adik - -" ok bukan salah aku, ibu pun tak ingat jugak ape - -" ok tak baik cakap mcm tu dgn ibu jadi aku pendam jelah ~

tiba-tiba kan, dengan kuasa Allah, phone aku tu boleh bukak! apelagi, aku amik r number adik aku tu call guna phone aunty sebelah rumah. Alhamdulillah, adik aku angkat, aku cakap dgn ayah aku bla bla bla ayah aku sampai rumah , selongkar segala kunci yang dia ada , bukak pintu utama tu punya kunci last-last selepas 40 minit terkurung kat luar rumah aku berjaya jugak masuk rumah. Alhamdulillah ^^ ibu aku pulak terkunci kat koridor atas tu dari pukul 8.50 cmtu r samapi kul 10.40 malam. ok ibu aku laaaaagi lama.

sekarang ni, pintu koridor tu pulak bermasalah tak leh nak bukak dah. ni ayah aku tengah ketuk ketuk r pintu tu sbb koridor atas tu tempat adik aku num 3 & 4 letak beg/buku/barang sekolah diorg. nasib baik aku dah amik laptop aku kat tempat tu awal awal kalau tak gamaknye kempunan nak online malam ni lah ~

haaaa ape kesimpulannye ek?
yang boleh aku simpulkan "Allah tak akan menguji hamba-Nya dengan dugaan yang tidak mampu diatasi oleh hamba-Nya sendiri" dan "Allah sentiasa ada semasa kita berada di dalam kesusahan" kan kan kan? hehehe anda bagaimana?

Selamat Menjalani Ibadah Puasa! ;DDDDDDD

0 pesanan ringkas: